KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 Mei ini untuk pengurusan kes rayuan pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nordiana Abd Aziz menetapkan tarikh itu, semasa prosiding sebutan kes itu.
Peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Rewcastle-Brown, ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya prosiding rayuan itu dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh), atas alasan anak guamnya yang merupakan wanita warganegara Britain tidak berada di Malaysia.
Sebelum ini perbicaraan kes itu di Mahkamah Majistret juga dijalankan tanpa kehadiran tertuduh.
Pada 7 Feb, Rewcastle-Brown dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, Rewcastle-Brown yang beralamat di London, United Kingdom telah menulis sebuah buku bertajuk, The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose, yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap Sultanah Terengganu.
Tohmahan seperti yang digariskan iaitu the wife of the Sultan terhadap Sultanah Terengganu pada muka surat tiga, perenggan keempat dan baris ketujuh itu adalah suatu fitnah yang diketahui Rewcastle-Brown akan merosakkan nama Sultanah Nur Zahirah.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 8 pagi, 14 Sept 2018 di Lot 60048, Taman Chendering Utama, di sini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Pada 7 Feb, Rewcastle-Brown (foto) dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. -Gambar fail/Sinar Harian
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei
Pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya prosiding rayuan itu dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh).
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown fail rayuan keputusan penjara dua tahun
Menerusi notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Rewcastle-Brown merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Editor Sarawak Report, 2 lagi diperintah bayar RM300,000 fitnah Sultanah Terengganu
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Keputusan rayuan Sultanah Nur Zahirah dalam kes saman terhadap Rewcastle-Brown pada 12 Dis
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Dis untuk keputusannya terhadap rayuan Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Kes fitnah Rewcastle-Brown kekal didengar di Mahkamah Kuala Terengganu
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah akan kekal dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Pertuduhan memfitnah: Sebutan semula kes Editor Sarawak Report 25 Jun ini
Mahkamah menetapkan 25 Jun ini bagi sebutan semula kes Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
1MDB: Rewcastle-Brown akan dapat perbicaraan adil, tiada campur tangan istana - Pendakwaan
Mahkamah Tinggi diberitahu Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan fitnah Sultanah Terengganu akan mendapat perbicaraan yang adil sekiranya kes itu dijalankan di Terengganu.
Rayuan Sultanah Terengganu didengar 22 Sept berhubung saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.